Thursday, 15 November 2012

Berita : Dunia Gelap Selama 3 Hari


NASA Menjangkakan Bumi Akan Gelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012?
NASA Menjangkakan Bumi Akan Gelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012? 
Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti. Insyaallah.

Tuesday, 18 September 2012

Cemburu Merimaskan

Memang tidak dinafikan dalam setiap hubungan kekasih yang terjalin pastinya akan wujud perasaan cemburu , pada pendapat saya , cemburu ini tidak akan wujud selagi kita yakin dengan kejujuran pasangan kita. Cemburu sering dikaitkan dengan wanita, kenapa ye ? pelbagai istilah cemburu yang wujud , cemburu buta , cemburu-memburu , buru-buru. hahaha.. dan pelbagai lagi lah.
Wanita ini tidak sedar sebenarnya termasuk lah saya , dengan melahirkan perasaan cemburu , ianya akan mengeruhkan lagi keadaan , dan boleh menyebabkan hubungan yang dibina selama ini berantakan . That's correct ! Tetapi ramai juga lelaki yang bersikap kurang matang , rase cemburu itu menyebabkan diri wanita menjadi lemas + rimas .

Ok saya akui kengkadang tu perasaan cemburu itu perlu dalam situasi tertentu , tapi biarlah berpada-pada . Maksud saya , jangan terlalu cemburu sehinggakan mengongkong pasangannya melakukan rutin harian , lebih-lebih lagi jika pasangannya seorang lelaki yang nakal . Orang yang nakal ni memang akan diberi perhatian oleh golongan wanita lain , sebab mereka ini unik , tetapi disebaliknya mereka ini jenis yang setia . tapi mcm mane pulak lelaki yang nakal dan tak setia ni ye ? apa kata kita buang die dalam sungai je laaa ! hehe . Jantan tak guna... takguna.. takguna... hehe. (gurau)

Kalau hangpa sayangkan kekasih hangpa jangan cemburu buta okeh, sebab cemburu ini merimaskan la, maka tidak hairanlah kesilapan atau petengkaran kecil yang berpunca dari cemburu ini, boleh menjadi besar, bila dah mencapai tahap matang macam ini, pastinya hangpa dah tidak sehaluan dengan pasangan hangpa. Kalau nak cemburu tu,biarlah cemburu celik.. sebab nampak..hehe

Apa yang pasti cemburu ini memang bahaya , jika diri mereka dikuasai perasaan cemburu , baik lelaki atau perempuan , pastinya mereka akan melakukan perkara diluar kawalan mereka. Ada yang sanggup membunuh pasangan mereka dek rasa cemburu . 

Perempuan cemburu sebab nak mempertahankan hak mereka ! mereka tak nak kehilangan orang yang mereka cintai . Tetapi..awaslah dengan cemburu juga mereka akan kehilangannya . Akhir kata, sebelum nak cemburu itu,selidik dan kenal pasti dahulu perkara yang hendak dicemburui, jangan main serang jer okeh. Anggaplah ini dugaan yang harus ditempuhi dalam perhubungan.


p/s : Tolonglah berfikiran positif dalam membina perhubungan,kalaulah ada jodoh itu tidak kemana,jika DIRINYA dah ditakdirkan untuk kita,sejauh manapun dia pergi,dia akan tetap kembali hidup bersama kita YAKINLAH!..




Saturday, 28 July 2012

Bagaimana Menguji & Mengetahui Bahawa Si Dia Benar Mencintai Anda?



Ujian Cinta
Tidak sukar untuk membaca perilaku lelaki ketika dalam membuat keputusan atau mengerja sesuatu perkara, tapi dari segi emosi fuhhh…kadang-kadang lebih mudah untuk kita membaca buku teks kejuruteraan dari memahami hati dan perasaan si jejaka ni.
Sudah pasti ramai di kalangan anda tertanya-tanya dan ingin tahu sangat perasaan si dia terhadap anda. 5 cara di bawah boleh membantu anda untuk menge’test’ adakah dia benar-benar menyayangi anda atau tidak.
Peringatan : Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang lebih mendalam, tapi yang di bawah ini boleh jugak diguna sebagai ujian ringa.


1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia

Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian menusuk kalbu.
Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.


2. Dia Asyik Curi Pandang Anda

Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukans sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.

3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda

Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah:) ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.


4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda

Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.


5.  Dia Jujur Kepada Anda

Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.

Lepak di ICT Shah Alam

salam...

Mlm semalam CikM lepak dengan membe kat ict shah alam, kuar dengan diana, shy, ain, yana, dan zaty fuzi. Kawan sampai mati ! bg sesiape yg belum datang ict shah alam, jemput laadatang, syok woo.. make sure kne kuakan duit lebih sikit laa.. hehe . tak pun makan kenyang2 kat luar dulu, dapat laa kurangkan belanje sikit.. Penat berjalan kat situ, bapak punye besar laaa... macam2 ada... kalau bawak budak2, sah2 atau harus koyak poket... sebab byk permainan yg ada dalam kawasan tuu.. kalau g ngn kekasih lg best ! hahahaha ! lg romantik ! hik3 (gatal!)

~bawah2 nie laa membe CikM lawa2 an ? comel2, gebu2, cantik2, ape ?? nk no fon ?? hehe . boleh.... blaaa !

Kawan satu bumbung dan berjuang bersame2 ! peace yooo . Harap dapat kekalkan persahabatan sampai bile2, amin... syg korang semua !









Friday, 27 July 2012

Kehidupan

mana2 sama saja :)

 
  1. Ader yang buat business...
  2. Ader yang buat sebagai tempat meluahkan perasaan...
  3. Ader yang nampak menjadi alim dan bijak...
  4. Ader yang menjadi tempat menabur fitnah...
  5. Ader yang menjadi tempat membuat penipuan....
  6. Ader yang menjadi sumber informasi alternative...
  7. Ader yang suka untuk diberi perhatian....
  8. Ader yang kreatif....
  9. Ader yang menjadi tempat bermanja...
  10. Ader yang menunjuk-nunjuk..
  11. Ader yang hilang pertimbangan...

Tapi aper yang penting...
Semoga anda semua bahagia dan cemerlang dunia dan akhirat... Sekian..
That is in my mind.

'Salam Perkenalan'

salam semua, makciklawa nk ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan ! harus laaa manfaatkan bulan yang mulia ini, ramai yang kate sy agak sombong kalau tak kenal sy, tp sy ok jaa ba. boleh ba kalau kaw, siapa nk 'kawan' ngn sy.... sy on je . hehee , sy nie kurang bersosial sikit, suke habiskan mase kat rumah ngn hobi sy main gitar dan bace novel. syok wooo kalau layan novel ! filling habis . walauapepun , selamat datang ke blog "makciklawa". maaf kalau bahase tak cantik, peace !