Tuesday, 18 September 2012

Cemburu Merimaskan

Memang tidak dinafikan dalam setiap hubungan kekasih yang terjalin pastinya akan wujud perasaan cemburu , pada pendapat saya , cemburu ini tidak akan wujud selagi kita yakin dengan kejujuran pasangan kita. Cemburu sering dikaitkan dengan wanita, kenapa ye ? pelbagai istilah cemburu yang wujud , cemburu buta , cemburu-memburu , buru-buru. hahaha.. dan pelbagai lagi lah.
Wanita ini tidak sedar sebenarnya termasuk lah saya , dengan melahirkan perasaan cemburu , ianya akan mengeruhkan lagi keadaan , dan boleh menyebabkan hubungan yang dibina selama ini berantakan . That's correct ! Tetapi ramai juga lelaki yang bersikap kurang matang , rase cemburu itu menyebabkan diri wanita menjadi lemas + rimas .

Ok saya akui kengkadang tu perasaan cemburu itu perlu dalam situasi tertentu , tapi biarlah berpada-pada . Maksud saya , jangan terlalu cemburu sehinggakan mengongkong pasangannya melakukan rutin harian , lebih-lebih lagi jika pasangannya seorang lelaki yang nakal . Orang yang nakal ni memang akan diberi perhatian oleh golongan wanita lain , sebab mereka ini unik , tetapi disebaliknya mereka ini jenis yang setia . tapi mcm mane pulak lelaki yang nakal dan tak setia ni ye ? apa kata kita buang die dalam sungai je laaa ! hehe . Jantan tak guna... takguna.. takguna... hehe. (gurau)

Kalau hangpa sayangkan kekasih hangpa jangan cemburu buta okeh, sebab cemburu ini merimaskan la, maka tidak hairanlah kesilapan atau petengkaran kecil yang berpunca dari cemburu ini, boleh menjadi besar, bila dah mencapai tahap matang macam ini, pastinya hangpa dah tidak sehaluan dengan pasangan hangpa. Kalau nak cemburu tu,biarlah cemburu celik.. sebab nampak..hehe

Apa yang pasti cemburu ini memang bahaya , jika diri mereka dikuasai perasaan cemburu , baik lelaki atau perempuan , pastinya mereka akan melakukan perkara diluar kawalan mereka. Ada yang sanggup membunuh pasangan mereka dek rasa cemburu . 

Perempuan cemburu sebab nak mempertahankan hak mereka ! mereka tak nak kehilangan orang yang mereka cintai . Tetapi..awaslah dengan cemburu juga mereka akan kehilangannya . Akhir kata, sebelum nak cemburu itu,selidik dan kenal pasti dahulu perkara yang hendak dicemburui, jangan main serang jer okeh. Anggaplah ini dugaan yang harus ditempuhi dalam perhubungan.


p/s : Tolonglah berfikiran positif dalam membina perhubungan,kalaulah ada jodoh itu tidak kemana,jika DIRINYA dah ditakdirkan untuk kita,sejauh manapun dia pergi,dia akan tetap kembali hidup bersama kita YAKINLAH!..